Kenderaan air
View more PowerPoint from elvysta92
Cadangan masa | Aktiviti pengajaran & pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti guru | Aktiviti murid | ||
Set induksi (5 minit) | i - Guru masuk ke dalam kelas sambil menyanyi lagu row-row-row your boat - Guru menjelaskan kepada murid tajuk lagu tersebut dengan apa yang mereka pelajari pada hari itu iaitu kenderaan di air. - Guru Meminta murid menyanyi bersama-sama sambil menonton vedio. | - Murid duduk di tempat masing-masing sambil memberi perhatian kepada guru. - Murid mendengar penjelasan yang diberi oleh guru - Murid menyanyi bersama-sama guru | ABM : muzik & vedio Objektif : 2 & 3 Penerapan nilai : memberi perhatian KBKK : menjana idea |
Langkah 1 (10 minit) | -Guru memasang power point dan menunjukkan gambar-gambar pelbagai jenis kenderaan air dan darat. Guru menjelaskan satu persatu mengenai gambar tersebut -Guru bersoal jawab dengan murid tentang slide yang dipaparkan tadi untuk mengetahui setakat mana kefahaman murid ke atas penjelasan yang diberikan | - Murid melihat dan memberi perhatian kepada gambar yang ditunjukkan melalui power point - Murid memberi respon tentang soalan yang diberikan oleh guru | ABM : power point Objektif : 1& 2 Penerapan nilai : memberi perhatian KBKK : menjana idea |
Langkah 2 (10 minit) | - Guru mengeluarkan dua kotak dimana ia dilabelkan dengan kenderaan air dan darat. - Guru mengeluarkan beberapa kad bergambar kenderaan air dan darat. - Guru menjelaskan bahawa murid akan diberi 2 kad bergambar iaitu kenderaan air dan darat . - Kemudian mereka diminta mengelaskan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak yang dilabelkan kenderaan air dan darat | - Murid Melihat dan member perhatian terhadap guru - Murid tampil dengan berani ke hadapan untuk mengambil gambar tersebut lalu mengelaskan gambar-gambar tersebut mengikut jenis dan mendengar penjelasan guru | ABM : kotak dan kad bergambar kenderaan air dan darat Objektif : 1 & 2 Penerapan nilai : memberi perhatian & berani KBKK : menjana idea |
Langkah 3 (10 minit) | - Guru mengedarkan kertas berwarna kepada murid-murid bagi aktiviti origami - Kemudian mengajar murid membuat origami berbentuk perahu - Guru membawa murid keluar dan pergi ke kolam hiasan dan melepaskan perahu itu ke atas air . | - Murid mengambil kertas berwarna yang telah diberi - Murid member perhatian tentang apa yang telah diajar oleh guru dan mula membuat origami dengan bimbingan guru - Kemudian Keluar dan pergi ke kolam hiasan lalu melepaskan perahu mereka dengan berani | ABM : kertas berwarna Objektif : 2 Penerapan nilai : member perhatian dan berani KBKK : menjana idea |
Penutup (5 minit) | - Guru menyimpulkan dan bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah dipelajari | - Murid memberi perhatian dan member respon kepada guru | ABM : - Objektif : 2 Penerapan nilai : memberi perhatian KBKK : menjana idea |