Monday 20 February 2012

RANCANGAN MENGAJAR

Nama kelas                  : Kelas Raspberry
Bilangan murid             : 15/20 orang
Umur                             : 5 tahun
Minggu & hari              : 12 & Selasa
Tarikh                            : 20 Mac 2012
Cadangan masa             : 40 minit (10.00-10.40 pagi)
Tema                              : pengangkutan – kenderaan di air
Tunjang utama               : Tunjang sains dan teknologi- awal sains
Tunjang disepadukan    : Tunjang bahasa dan komunikasi- Bahasa Malaysia
                                         Tunjang perkembangan fizikal dan estetika – kreativiti
Standard pembelajaran utama :
ST 2.3.8 menyatakan ciri sepunya setiap pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan
Standard pembelajaran disepadukan :
BM 2.1.4 berinteraksi secara sopan dan bertatasusila
KTI 2.1.8 menyanyi lagu dengan iringan muzik
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan guru 
seperti jenis kenderaan air, perbezaan kenderaan air dengan kenderaan darat.
       2.   Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila dengan rakan-rakan dan guru.
        3.   Menyanyi lagu ‘row-row-row your boat’ dengan iringan muzik.
Pengetahuan sedia ada :
 Sudah mengenal pelbagai jenis kenderaan.
Penerapan nilai :
 Memberi perhatian, berani.
Alat bantu mengajar :
        kad gambar kenderaan air dan darat, muzik, power point, pelbagai kertas bewarna, kotak, dan vedio.
KBKK : menjana idea.

Cadangan masa
Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Catatan

Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
(5 minit)
i         - Guru  masuk ke dalam kelas sambil menyanyi lagu row-row-row your boat
      - Guru  menjelaskan kepada murid tajuk lagu tersebut dengan apa yang mereka pelajari pada hari itu iaitu kenderaan di air.
      - Guru  Meminta murid menyanyi bersama-sama sambil menonton vedio.
     - Murid duduk di tempat masing-masing sambil memberi perhatian kepada guru.
      - Murid mendengar penjelasan yang diberi oleh guru
      - Murid menyanyi bersama-sama guru

ABM : muzik & vedio
Objektif : 2 & 3
Penerapan nilai : memberi perhatian
KBKK : menjana idea
Langkah 1
(10 minit)
     -Guru memasang power point dan menunjukkan gambar-gambar pelbagai jenis kenderaan air dan darat. Guru menjelaskan satu persatu mengenai gambar tersebut
     -Guru bersoal jawab dengan murid tentang slide yang dipaparkan tadi untuk mengetahui setakat mana kefahaman murid ke atas penjelasan yang diberikan
      - Murid melihat dan memberi perhatian kepada gambar yang ditunjukkan melalui power point
      - Murid memberi respon tentang soalan yang diberikan oleh guru
ABM : power point
Objektif : 1& 2
Penerapan nilai : memberi perhatian
KBKK : menjana idea
Langkah 2
(10 minit)
      - Guru mengeluarkan dua kotak dimana ia dilabelkan dengan kenderaan air dan darat.
      - Guru mengeluarkan beberapa kad bergambar kenderaan air dan darat.
      - Guru menjelaskan bahawa murid akan diberi  2 kad bergambar iaitu kenderaan air dan darat .
     - Kemudian mereka diminta mengelaskan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak yang dilabelkan kenderaan air dan darat
      - Murid Melihat dan member perhatian terhadap guru
      - Murid tampil dengan berani ke hadapan untuk mengambil gambar tersebut lalu mengelaskan gambar-gambar tersebut mengikut jenis dan mendengar penjelasan guru
ABM : kotak dan kad bergambar kenderaan air dan darat
Objektif : 1 & 2
Penerapan nilai : memberi perhatian & berani
KBKK : menjana idea
Langkah 3
(10 minit)
      - Guru mengedarkan kertas berwarna kepada murid-murid bagi aktiviti origami
     - Kemudian mengajar murid membuat origami berbentuk perahu
     - Guru membawa murid keluar dan pergi ke kolam hiasan dan melepaskan perahu itu ke atas air .
     - Murid mengambil kertas berwarna yang telah diberi
     - Murid member perhatian tentang apa yang telah diajar oleh guru dan mula membuat origami dengan bimbingan guru
     - Kemudian Keluar dan pergi ke kolam hiasan lalu melepaskan perahu mereka dengan berani
ABM : kertas berwarna
Objektif : 2
Penerapan nilai : member perhatian dan berani
KBKK : menjana idea
Penutup
(5 minit)
     - Guru menyimpulkan dan bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah dipelajari
     - Murid memberi perhatian dan member respon kepada guru
ABM : -
Objektif : 2
Penerapan nilai : memberi perhatian
KBKK : menjana idea

Impak : Seramai 15 orang murid telah mencapai objektif dan 5 orang murid tidak mencapai objektif kerana tidak hadir ke sekolah. Penggunaan ABM memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran.

No comments:

Post a Comment